Khamis, 25 Februari 2010

Cerita Juha...hayatilah

JUHA,MR BEAN ZAMAN ABASIYYAH








juha membalas dendam..





Suatu hari aku telh bersetuje dengan beberapa orang sahabatku,iaitu untuk mengadakan satu pertandingan.jika aku dapat mengalahkan mereka,maka mereka kena menjamuku dengan hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan,dan jika aku kalah,maka akulah yang kena menjamu mereka.




dengan satu syarat iaitu aku dikehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam pada musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah dan tidak boleh menipu,dan ada satu syarat yang lebih penting lagi,iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa aku mnyalakan api untuk memanaskan badanku,ini yang paling penting.aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin aku akan mampu menyahut cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar mengikuti syarat-syarat sebagaimana yang telah dipersetujui.maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta kepada ku.






kemudian pada keesokkan paginya,mereka beramai-ramai,datang menemuiku dan memintaku untuk meceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur.aku pun menceritakan kepada mereka,seungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku dengar,melainkan desiran dedaunan pepokokditiup angin.selain itu aku juga mendengar tiupan angin yang agak kencang menyebabkan aku merasa kedinginan yang sangat dan juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu didepanku kelihatan api yang aku rasakan mungkin itu adalah longokkn api.






Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata,Bukankah kita telah bejanji,jangan langsung kamu nyalakan api atau ada unsur-unsur yang boleh mendatangkan kepanasan bagimu.bermakna api itu dapat memanskan badanmu.dan kamu telah menyalahi syarat perjanjian kita!.


bangun seorang lagi dia juga berkata,menguatkan kata-kata kawannya itu tadi..dan akhirnya merreka memberikan kputusan akulah yang kena menyediakan mereka makanan yang sedap-sedap itu.aku pun bersetuju tanpa banyak cakap,maka tibalah pada hari yang ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera,sesampai sahaja mereka,aku pun mempersilakan mereka masuk.






Setelah agak lama merka menunggu perut-perut mereka pula telah berkeroncong,maka mereka terus bertanya kepadaku,Wahai juha!Mana dia hidangan?kami dah lama menunggu nie.oleh kerana mereka sudah bertanya,aku pun mengajak mereka ke kebun di belakang rumahku,Tiba-tiba mereka terkejut melihat sebuah periuk yang besar tergantung di salah satu pokok yang ada di kebunku.Lalu terus mereka bertanya,Wahai juha!apakah ini??au pun berkata di samping ingin mengenakan mereka,Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesjukkan di musim dingin dengan longokkan api yang jauhnya sebatu,jadi di depan mata kamu semua sekarang ini kamu menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan,takkanlah dia tak boleh masak dengan kepanasan api pelita yang ada dibawahnya yang jaraknya hanya sehasta jadi tunggulah ia masak dulu...wakaka








Mana dia surat itu?




Pada suatu hari,ada seorang kaya di kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar,dihidangi dengan makanan sedap-sedap dan lazat.akan tetapi dia hanya menjemput orang2 besar dan kaya raya sahaja.samada dari kampungku,mahupun dari kampung bersebelahan.




walaubagaimana sekalipun,aku berazam untuk turut hadir dalam jamuan tersebut,walau dengan apa cara sekalipun,jadi si tuan rumah yang kaya raya telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan,sesiapa yang tidak membawa kad jemputan,yang telah diedarkan,maka jangan diizinkan masuk,maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seaakan akan lipatan surat,aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi,sampai di depan pintu rumah,aku dengan seberapa pantas aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu,BUKA!..BUKA...!aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah.




Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku ini terhidang satu juadah yang sedap dan amat lazat,tanpa berlengah aku terus menerkamnya,aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah,dia pun mengambilnya setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik!mana dia surat itu,ini kertas putih kosong,langsung x ada apa2 tulisan?aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan,oh.....minta maaflah tuan sebenarnya aku datang ke sini denan keadaan tergesa2,sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu,jadi minta maaflah,wakakaka




juha memegang janji.


Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku,tentang giliran mengikat dan memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang.akhirnya kami membuat keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini maka dialah yang mesti mengikat dan memberi makan kepada keldai di kandang.


Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah,masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap.setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan lalu dia keluar pergi ke salah sebuah rumah jiranku,jadi tinggallah aku sendirian.Tidak lama kemudian,aku terdengar satu suara,seakan akan suara perompak masuk ke dalam rumahku.maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong.tiba2 aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi.aku pun terus duduk diam dan tidak bergerak2.perompak terus masuk ke dalam bilikku,mulalah dia mengeledah sana sini,sebelum itu dia terpandang kearahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh kerana aku tidak bergerak2



Lalu dia terus mengambil apa yang boleh diambilnya,apa sahaja yang dapat dicapai tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa,kemudian sebelum perompak itu meningalkan rumahku dia datang lalu mengambil serban di kepalaku kemudian dia terus lari menghilangkan diri.aku langsung tidak bergerak2 dan berkata apa2,sebab berpegang janji pada isteriku,tidak lama selepas itu datang seorang anak jiranku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan.aku pun memberikan syarat kepada anak jiranku bahawa serbanku dan seluruh isi rumahku telah dicuri perompak.
Bila dia me;ihatku memberikan isyarat sedemikian,disangkanya aku berkata tuangkanlah buburku diatas kepalaku,habis basah kuyup aku dibuatnya.Tiba-tiba budak tadi telah faham dengan apa yang aku isyaratkan kepadanya,tanpa berlengah terus dia berlari sambil memangil manggil isteriku.Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku...bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah,apa yang telah berlaku keatasmu juha...suamiku??aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya Ha kamu yang bermula bercakap,jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai nampaknya...cepatlah pergi!dan janganlah kamu berdegil lagi!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan